Berminat Untuk
Menyambung Pelajaran Ke Mesir?
Mengikut perjanjian antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan pihak Universiti Al-Azhar Mesir, bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir, seorang pelajar itu mestilah mengemukakan borang permohonan kemasukan ke university bersama-sama Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Walaubagaimanapun, para pelajar dari Malaysia perlu melalui ujian kelayakan (imtihan qabul).
Mengikut perjanjian antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan pihak Universiti Al-Azhar Mesir, bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir, seorang pelajar itu mestilah mengemukakan borang permohonan kemasukan ke university bersama-sama Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Walaubagaimanapun, para pelajar dari Malaysia perlu melalui ujian kelayakan (imtihan qabul).
Ujian
tersebut terdapat dua (2) bahagian iaitu ujian lisan dan bertulis. Tempoh sah
laku bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah tiga (3) tahun dan boleh
diuruskan melalui pendaftaran online Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ataupun
melalui agensi pengurusan pendaftaran pelajar di Mesir. Pihak Universiti Al-Azhar
menetapkan hanya pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda di sini sahaja yang
layak untuk meruskan pengajian ke peringkat Sarjana (MA) kecuali beberapa buah pusat
pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Dewan Senat Universiti Al-Azhar seperti University
Islam Madinah. Untuk makluman semua tiada kelayakan daripada mana-mana pemegang
sijil ijazah sarjana muda Pusat Pengajian Tinggi Malaysia yang boleh membuat
pindahan kredit untuk sambungan ke peringkat Sarjana atau yang lebih tinggi.
Bagi
para pelajar yang masih mempunyai minat untuk menyambung pengajian ke peringkat
Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, para pelajar masih boleh mengikuti
program pengajian persediaan (Matrikulasi) di Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar
yang menyediakan pengajian pra kelayakan Universiti Al-Azhar dua (2) peringkat
iaitu tahap menengah rendah (I’dadi) dan peringkat menengah tinggi (Thanawi).
MA'AHAD BUUTH ISLAMIYYAH AL-AZHAR
MA'AHAD BUUTH ISLAMIYYAH AL-AZHAR
Disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد
بعوث الأزهر] merupakan sebuah
sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Dewan Senat,
Universiti Al-Azhar. Sekolah ini bersifat "Sekolah Kebajikan"
dengan erti pelajar hanya perlu menanggung kos pendaftaran dan buku rujukan sahaja.
Manakala yuran lain dan gaji guru ditanggung sepenuhnya oleh Bahagian
Kebajikan, Universiti Al-Azhar.
Ma'ahad Buuth Islamiyyah Al-Azhar ini terletak di
Abbasiyyah, Kaherah, Mesir. Lokasinya lebih kurang 5 minit dari Universiti dan
Masjid Al-Azhar (jika menaiki kenderaan). Selain itu, maahad juga berdekatan
dengan Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah (DMAK) ataupun dikenali sebagai ARMA
yang diurus sepenuhnya oleh pihak Kedutaan Malaysia.
Bagi
permohonan masuk ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar, tiada syarat kelayakan
yang dikhususkan oleh pihak Universiti Al-Azhar kepada para pelajar yang
berminat untuk menyambung pengajian ke maahad tersebut tetapi perlu melepasi
proses permohonan yang ditetapkan . proses ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar
adalah seperti berikut :
1) Pemohon mestilah mengemukakan borang
permohonan ke Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar.
2) Pemohon mestilah disahkan sihat
oleh pihak hospital Kerajaan Mesir .
3) Pemohon mestilah mendapatkan sokongan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah .
DIRASAH KHASSAH (KELAS PERSEDIAAN)
Kelas Persediaan sebelum ke Maahad Buuth tidak terikat dengan masa yang tertentu, mengikut kebolehan dan kecekapan seseorang pelajar dalam temuduga khas yang dijalankan oleh pihak Maahad. Peringkat perlajaran ini menetapkan agar para pelajarnya menghafal sekurang - kurangnya tiga (3) juzu' al Quran bermula Juz 28, 29 dan 30.
Peringkat Pengajian Dirassah Khassah terbahagi kepada tiga :
1. Mustawa Awwal
2. Mustawa Thani
3. Mustawa Thalith
Kebaikan memasuki Kelas pengajian Dirasah Khassah, anda akan
diberikan peluang merasai gambaran pengajian di peringkat I'dadi sebelum
memasuki peperiksaan Imtihan Qabul yang akan diadakan sekitar bulan September hingga
Disember (tempoh pendaftaran bagi pelajar baru). Kebiasaannya, bagi pelajar
yang sudah berpengalaman di peringkat ini akan mampu menjimatkan tempoh
sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun di peringkat I'dadi kerana akan
diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan tahdid mustawa (lompat kelas) ke
peingkat yang lebih tinggi mengikut tahap kemampuan masing - masing.
Tempoh
pengajian di peringkat ini tidak terikat dengan suatu tempoh yang ditetapkan
bergantung kepada tarikh Ujian Kelayakan (imtihan qabul) ke Maahad Buuth Islamiyah
Al-Azhar yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
I'DADI (TAHAP MENENGAH RENDAH)
Pengajian di peringkat ini sangat luas termasuk pembelajaran subjek akademik seperti Matematik, Geografi dan sebagainya. Bahasa pengantar pembelajaran menggunakan bahasa utama, Bahasa Arab. Oleh sebab itu, para pelajar (luar Mesir) yang memegang Sijil Pengajian Buuth akan diberikan peluang sambung pengajian ke peringkat Kuliyyah dengan pengkhususan yang lebih besar daripada pemegang sijil STAM atau sebagainya termasuk kejuruteraan dan sebagainya.
Peringkat Pengajian I'dadi terbahagi kepada tiga :
1. I'dadi Awwal
2. I'dadi Thani
3. I'dadi Thalith
THANAWI (TAHAP MENENGAH ATAS)
Pengajian di peringkat ini lebih khusus kepada mata
pelajaran Ad Diniah (agama). Para pelajar didedahkan dengan asas pengajian di
peringkat Universiti Al-Azhar. Kebiasaannya, para pelajar yang Berjaya melepasi
peringkat Thanawi di Maahad Buuth Islamiyyah akan mampu menempa kejayaan di
peringkat kuliyyah kerana mereka sudah biasa dengan mata pelajaran asasi dan
memahami teknik pembelajaran bersama para masyayeikh Azhar.
Peringkat Pengajian Thanawi terbahagi kepada tiga :
1. Thanawi Awwal
2. Thanawi Thani
3. Thanawi Thalith
Para pelajar dari Malaysia sering dimomokkan dengan tempoh
masa yang agak panjang ketika menuntut di Maahad Buuth Islamiyyah. Sebenarnya,
para pelajar yang berkemampuan akan diberikan peluang untuk mengambil
peperiksaan ekspress (tahdid mustawa) untuk lompat kelas sesuai dengan
kebolehan, kemampuan dan penguasaan masing – masing.
Kebiasaannya, para pelajar dari Malaysia mengambil tempoh
tiga (3) tahun paling lama dan ada juga yang setahun. Apa yang menarik, lepasan
Maahad Buuth Islamiyyah DIKECUALIKAN daripada ujian kelayakan Universiti
Al-Azhar (Imtihan Qabul), kelas persediaan (Markaz Lughah Arabiyyah, Azhar)
serta boleh memohon ke Universiti Umm Qura, Mekah dan Universiti Islam Madinah.